Portal eBantuan ialah sebuah laman web yang digunakan untuk memaparkan kesemua maklumat dan membuat pengesahan kepada laporan yang dibuat oleh para sukarelawan mengenai bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
Laman web ini menggunakan integrasi dengan telefon bimbit 2-hala pintar untuk mengesan aktiviti sukarelawan di mana telefon bimbit tersebut bertindak sebagai alat pelaporan.
Sistem ini berupaya untuk mengumpul segala maklumat yang dilaporkan oleh para sukarelawan di mana melibatkan keperluan bantuan segera seperti bekalan air bersih, pakaian dan sumber makanan berdasarkan lokasi mereka.